About Me

My photo
Serdang, Johor Bahru, Selangor, Johore, Malaysia
Well my life pretty damn boring. I curse and grumpy almost everyday. What do you expect?

Tuesday, March 15, 2016

2016

Berapa lama agaknya aku tak update apa-apa kan. Rasanya last bulan 5 tahun lepas kot. So, dalam hampir setahun most of my fans want to know what happen to me.

The reason tak tulis blog ni, bukan passion dah takde, tapi masa mencemburui ahkak.

So..in 1 year..masih belum kurus. Relationship masih berjalan. Sekarang ni adalah issue sikit dengan kehidupan tapi biasalah  hidup ma...Skinship with Allah kena perhalusi lagi. Kasi power habis.

Speaking of relationship. Aku nak ucapkan tahniah kepada membe blogger (Gua pun tak ingat cam ne boleh kenal mamat ni)AzAz (owner www.downgila.com) dengan wife selamat pengantin baru moga kekal hingga ke jannah. Gua dedicate lagu "Hingga Jannah" pada lu azaz. Jilaka...gua tak dapat datang..gua kasi wish je la kat lu. Gua dengar lu dah layan drama petang-petang. Keh keh keh.

Keje aku masih ok. Di tempat sama. Cuma in planning nak sambung belajar. Rindu gila nak belajar. Cis!! Dasar manusia tak bersyukur. Kah8 gua kan tamak haloba.

Aku ingat nak rajin tulis blog balik la. Biasalah. Kene rajin buat aktiviti. Ye dak?

Haihh..lapar plak. Megi mana megi?


selamat pengantin baru brother. 


P.s : Hidup ni jangan serius sangat. Serius dengan tuhan je.
P.s : Abg aku dah kahwin..tinggal aku ngan adik aku je ni.
P.s.s :next week besday hakak. Tolong jangan sesapa buat s*** kat hakak..sampai kemati hakak ingat. Gua kene prank masa Form 5 tu pun gua ingat kot

Wednesday, March 18, 2015

Perihal Kelantan.

Minggu lepas aku pergi Kelantan. Bukan saja-saja pergi.  Ni pasal abang aku nak merisik la ni.  Dapek pulak orang pantai timur.  Ok lah.  Not bad.

12 jam perjalanan.  Macam nak pengsan rasa.  Ni kalau balik raya cam ne ni?  Jauh benor. Dah la tak de highway bagai.  Jalan kampung je.  Kalau ade tu pun LPT berapa jauh je pun.  Hek eleh.

Ok lah.  Hari pertama sedap sikit sampai.. Masuk terus tido. Perihal datang kelantan ni sebab makan je aku nak cite.  3 hari makan heaven bai.... Aku pelik apehal orang sana tak gomok-gomok.  Padahal makan murah and sedap.  Nasi kerabu dia... Perghhhhh bukan aku nak cakap la.  Memang thorbaik!! Nasi dagang dia..peh peh peh.

Pergi merisik pun makan sedap.  Sedap terok.  Tak terkata perasaannya. Kau dapat rasa masakan authentic kelantan.  The freshness seafood.  Hah gittew.

Last day,  tu....... Aku jatuh tangga.  Malu gila.... Ok. Bai.  πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




P. S jun ni repeat lagi weyh. Hahaha


Wednesday, March 4, 2015

Ikhlas

Pernah tak satu tahap, kau buat apa semua jadi tak ikhlas? Niat asal ikhlas, kemudian diterbalikkan menjadi tak ikhlas,

Padahal perasaan tu putar belit syaitan. ye lah. menyetankan orang je keje, Dah tak de keje lain? Hakikat, itu realiti.

Sekarang aku rasa, banyak benda aku buat dengan rasa tak ikhlas, Kesudahan aku jadi rasa tak best. Rasa macam nak maki bila buat sesuatu benda, tapi buat juga. Kadang ada jugak beberapa faktor benda tu dari sukarela, jadi tak sukarela.

Kene OT, kene ganti kerja orang, kene jadi kuli, semua jadi tak best.

Ah, so bila tak ikhlas, buat apa pun malas. Even dalam nak ibadat pun jadi tak best. Faham-fahamlah. Bukan nak mengungkit, tapi mengungkit lah jugak.

So, tanya balik pada diri memasing. Ikhlas ke tolong member? Ikhlas ke buat keje ngan bos? Ikhlas ke semua benda yang kau lakukan?

Lagi satu, bila kau minta tolong, kau boleh rasa tak ikhlas orang tu? Aku rasa aku boleh tahu ikhlas tak ikhlas. Tapi aku ni susah sikit. Always have fake reaction and fake smile look realistic. I may laugh, I may smile, I may say yes, but do I really sincere doing it? Do I? I keep asking myself why and why the hell am I doing this. Perhaps, my guts isn't really strong enough to say No and the sympathy controlling all my mind and thought.





P.S : Aku mengidam gulai rebung kat serdang. 

Monday, February 2, 2015

Kegembiraan


(Kau baca entri dengan sambil play lagu di atas)

Pernah tak, suatu hari kau rasa gembira yang tak terungkap? Mungkin sebab kau baru dapat awek, mungkin sebab kau baru dapat hadiah. Mungkin juga kau baru lepas kene puji dengan bos kau?

Mungkin.

Dan mungkin kau pernah gembira tanpa sebab. Kau gembira sebab kau rasa kau awesome gila hari tu.

Aku sebenarnya gembira begitulah. Nothing. Tak de sebab. Aku gembira and maybe I'm happy with my current condition. Takde nye aku gembira dapat jodoh menda. Takde brader and sister semua.

Speaking of happiness. Recently, aku kene denggi. Behind all these situation, kau akan nampak siapa yang sebenarnya akan tolong kau. A huge lesson for me. Kau harapkan somebody untuk kau rely, kau sentiasa ada untuk somebody tu, but in the end bila kau susah and sakit, she/he don't give a damn unless a fake sympathy. Yeah, whatever. Ahh manusia, takkan kau harap dia akan tolong kau.

So, sakit sensorang, hidup mati sensorang antara kau dan tuhan. Kalau kau fikir, kawan tu boleh bawak mati, think back bruh. Memang tak denye.

So, kalau kau rasa kau berhak nak happy sorang-sorang and lupa kawan secara tetibe sebab kau ade crappy friends, so, you deserve it!

So, anyway...meh la dancing under the moonlight. Aku nak dancing kejap dalam imaginasi aku.


p/s : Mahap ler entri serius shet dan tak kene ngan tajuk. Kah8 Kisah plak aku!

Thursday, January 15, 2015

Kecelaruan

Sejak dua menjak ni... Aku kemain busy... Padahal.. Bukannye aku ni seorang Tan Sri mahupun pegawai gomen yang busy sampai tak boleh nak angkat call aku pasal urusan local authority.

Dah sahih hidup aku kecelaruan sekarang.  Ntah amenda aku celarukan aku pun tak tahu.  Nak hapdate blog pun aku dah lupa kisah bangang nak dishare.  Barangkali kekurangan sengatan ataupun otak sudah beku disebabkan menjalankan kehidupan yang celaru terok.

Ahhh... Celaru.. Celaru.  Baik aku pekena ikan cencaru masak sambal.  Macam power.

Ohhh.. Skang hidup macam ni lah.  Sebagai seorang kuli yang marhaen, aku tak terlepas berangan nak berangan nak belo kete mahupun aset.  Tapi melihatkan tangga gaji gua... Rasanya sampai ke umur 50 pun gua rasa tak mampu nak beli umah banglo sebijik mahupun Ferrari seketol.  Rumah patong barbie mampulah.

Aku ingat nak buat bisnes la.  Agak-agak aku ternak kerang boleh kaya tak dalam masa dua tiga tahun??????  Hurmmmm...


Dah aku nak kene tidur.  Sok pagi nak pergi site kat johor... Kang ada menganga dengar meeting dengan client and abang-abang engineer.  Keh8


P. S.  Ni banyak dah suruh aku kahwin termasuk bos aku. Rasa nak cokik-cokik je.  Kalau ade calon tak pelah.  Cehhhh.  Bak sorang ejaskan untuk i'ols.  Kah8